Thursday, May 14, 2009

MENGAPA MALU MENEGUR KESILAPAN ORANG ?

Ramai orang mengatakan belum cukup ilmu apabila ditanyakan mengapa tidak menegur orang yang berbuat salah. Tidak kurang juga yang mengatakan diri sendiri belum baik, mengapa perlu menegur orang lain. Bahkan ada juga yang mengatakan perlu apa menjaga tepi kain orang, tak perlu jadi 'busy body'.

Adakah kita semakin menjadi manusia yang individualistik? Amat mementingkan diri sendiri? Dan banyak lagi alasan lain untuk tidak menegur.

Barangkali sifat merendah diri atau memikirkan kelemahan dan kekurangan diri menjadikan kita tidak yakin dan akhirnya meninggalkan usaha mengajak kebaikan.

Persepsi Diri Yang Salah

Ada di antara kita yang memandang zaman ini menegur orang biarlah kepada mereka yang ber'authoriti'. Serahkan sahaja pada pak imam, ustaz atau ustazah. Ada yang berpendapat untuk menegur orang lain diri perlu menjadi maksum seperti nabi Muhammad s.a.w. Malu dengan latar belakang keluarga yang tidak sempurna didikan agama.

Kewajipan Nasihat Menasihati Bukanlah Untuk Orang Tertentu

Sudilah memberi teguran yang baik dan berhikmah, kerana tanpanya manusia akan selalu terbabas. Fitrah manusia yang selalu lupa dan terburu-buru, seringkali diruntun oleh gelodak nafsu. Berbanggalah diri sebagai seorang Islam, menjadikan kita ini sebahagian dari masyarakat yang membentuk manusia dari dalam dan luaran. Jika berdiam sahaja melihat buasnya dunia meladeni manusia, alamat kita sedang menuju kehancuran. Bukan sahaja melibatkan perhubungan sesama manusia, bahkan menyebarkan barah kepada bidang ekonomi, politik, pendidikan dan akhirnya diri sendiri.

Terlalu mengharapkan orang lain kadangkala hanya meninggalkan harapan sahaja. Firman Allah SWT yang bermaksud : "Hendaklah ada sebahagian dari golongan yang menyeru kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran. Mereka itulah orang yang berjaya. (Surah Ali Imran : 104)

Golongan yang disebutkan menurut Dr Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya Usul Ad-Dakwah; adalah orang Islam itu sendiri. Kita adalah umat yang terbaik yang lahir dari kelompok manusia wajib untuk mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran. Hukumnya sudah menjadi wajib pada masa kini kerana golongan yang menegur itu semakin mengecil jumlahnya.

Menasihati bukan satu cara sahaja. Mereka yang rugi antaranya adalah yang tidak mahu berpesan-pesan kepada perkara kesabaran dan kebenaran. Tidak perlu dengan mengeluarkan hadith atau ayat al Quran yang kadangkala mad's(orang yang ditegur/didakwah) pun tidak tercapai akalnya hendak menerima kerana mereka sendiri jahil mengenainya.

Seorang muslim yang hebat mempunyai daya pemikiran yang kretif dan mempunyai semangat yang tidak putus-putus untuk mengajak manusia kepada kebaikan. Ada daya dengan tangan, maka penyampaian nasihat melalui tulisan atau lukisan. Menyentuh hati kadangkala lebih berjaya dengan diri kita yang menunjukkan kebaikan. Sentiasa bermanis muka, tersenyum, tidak mudah marah, suka menolong dan tidak celupar ketika menutur kata.

Allah melihat usaha kita

Pastinya, Allah tidak melihat kepada natijah kepada usaha kita. Maka, marilah nasihat-menasihati sesama kita kerana tiada kerugian dalam melaksanakan amar ma'ruf dan nahi munkar.

DIDIK ANAK DENGAN IMAN DAN ISLAM

Nafsu tidak pernah mendidik manusia menjadi manusia tetapi didikan nafsu inilah yang sering digunakan.

Pernahkah kita terlalu marah pada anak-anak hingga tanpa kita sedari tangan kita mencapai hanger atau rotan lalu kita memukul mereka dengan penuh rasa benci. Mungkin mereka bersalah dan mungkin juga hukuman rotan itu berpadanan dengan kesalahan yang mereka lakukan tetapi persoalannya adakah kita sedang mendidik mereka atau kita sedang hilang kawalan diri. Bagaimana seorang yang hilang kawalan diri sedang mendidik anaknya untuk mengawal diri dari melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya mereka lakukan. Bukankah ada pepatah Arab yang bermaksud ; Orang yang tidak memiliki sesuatu tidak akan dapat memberikan sesuatu".

Mungkin itu gambaran seorang ayah. Bagi ibu pula mungkin sudah menjadi kebiasaan meleteri anak-anak hingga siibu sendiri tidak tahu apa yang dia cakapkan dan sudah berapa kali di mengulangi point-point yang sama. Adakah ketika itu kita sedang mendidik atau kita sedang hilang kawalan diri. Apakah bezanya kesan rotan tadi dan leteran seorang ibu, adakah semua ini salah satu bentuk didikan atau kita sedang merosakkan fitrah anak-anak yang masih bersih.

Saya selalu berpesan kepada isteri saya supaya berilah kemaafan pada anak-anak supaya mereka belajar erti kemaafan dan belajar pula untuk memberi kemaafan, berbaik sangkalah terhadap mereka supaya mereka juga berbaik sangka terhadap kita dan janganlah kita menuduh tanpa bukti yang nyata supaya mereka tidak membesar sebagai manusia yang cepat memandang negatif terhadap orang lain dan ego dengan diri sendiri. Bukankah ibu itu ratu suci pada pandangan anak-anak dan bukankah kita sebagai bapa merupakan guru dan contoh ikutan kepada mereka.

Mungkin kadang-kadang anak-anak kita melakukan kesilapan yang berat atau kesilapan yang ringan tetapi berulang-ulang. Dan adakalanya rotan dan marah itu adalah hukuman yang setimpal bagi kesalahan yang mereka lakukan, jadi rotanlah atau marahlah dengan tujuan mendidik mereka. Pastikan disaat kita merotan mereka, di dalam hati kita ialah rasa kasih kepada mereka dan kita secara sedar sedang mendidik mereka. Islam memberi panduan yang cukup halus daam persoalan ini. Sekiranya kita ingin merotan anak kita, bawalah mereka kedalam bilik supaya tidak dilihat oleh saudaranya yang lain. Mereka juga mempunyai maruah dan harga diri jadi ra'ilah sifat kemanusiaan ini supaya sifat kemanusiaan ini terus subur dan mengeluarkan buahnya di suatu hari nanti. Ambillah wudhu supaya kita tidak dikuasai oleh nafsu. Terangkan kesalahan yang telah dilakukannya dan beri penjelasan kenapa kita membuat keputusan untuk merotannya. Dengan penuh kasih sayang kita meminta maaf daripadanya kerana terpaksa merotannya demi kebaikannya sambil kita luahkan harapan agar dia tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Bayangkan perasaan anak kita apabila dia dirotan dengan cara begini dan banding pula bagaimana perasaannya apabila tiba-tiba dia dirotan atau dileteri dalam keadaan dia sendiri tidak pasti yang dia telah melakukan satu kesalahan dan diapun tidak faham kenapa dia dirotan. Perlu kita sedar bahawa neraca kita berbeza mengikut tahap umur dan ilmu, mungkin bagi kita orang dewasa yang melihat jauh kedepan, ada perkara yang kita pandang sebagai besar dan penting tetapi bagi kanak-kanak yang masih mentah merasakan ianya perkara remeh.

Saya juga selalu berpesan kepada isteri saya supaya sentiasa pastikan semasa kita sedang memarahi anak, jiwa kita tidak dikuasai oleh perasaan benci atau meluat pada anak-anak. Pastikan jiwa kita penuh dengan rasa kasih. Pastikan juga fokus kita semasa memarahi mereka adalah untuk menyedarkan kesalahan mereka dan implikasi dari kesalahan mereka dan sentiasa hubungkan hati mereka dengan Allah SWT.

Seperkara lagi, jadikan kemuncak kemarahan kita dengan mengingatkan mereka dengan ancaman Allah SWT. Pernah suatu ketika beberapa orang pengawas di salah sebuah sekolah tempat saya pernah mengajar memanggil seorang pelajar yang terlibat dengan salahlaku. Pengawas-pengawas itu yang juga mendapat maklumat bahawa pelajar tersebut terlibat dengan kumpulan samseng di luar sekolah terus memarahi dan mencabar bahawa mereka sedikitpun tidak takut dengan kumpulan samseng yang menjadi kawan-kawannya. Akibatnya hampir-hampir terjadi suatu pergaduhan anatara pengawas dan kumpulan samseng tersebut. Ketika waktu yang berbeza saya panggilkan pelajar tersebut. Pada mulanya dia datang dengan penuh kesombongan. Dia cuba tunjukkan sikap keras kepala dan kedegilannya dan tidak merasakan dirinya bersalah. Lalu saya katakan padanya "Adakah kamu rasa kamu akan hidup selama-lamanya, adakah kamu rasa kamu tidak akan mati dan balik mengadap Allah SWT, adakah kamu rasa kamu akan sanggup menanggung seksa Allah SWT di Akhirat nanti?" Pelajar tadi lalu tertunduk dengan wajah penyesalan.

Saidina Ali: "Bermain-mainlah dengan anakmu sehingga dia mencapai tujuh tahun. Kemudian disiplinkan mereka selama tujuh tahun, kemudian berkawan selama tujuh tahun dan selepas itu anggaplah mereka sebagai seorang dewasa."

Bila dikoreksi semula semuanya bermula dari diri ibu bapa itu sendiri (individu muslim) yang jelas matlamat kehidupan tujuan perkahwinan. Bilamana semuanya berpaksikan iman dan keredhaan Allah..natijahnya pasti berbuah yang indah. Walaupun ada ujian dan rintangan di sepanjang bahtera kasih..

MAHATHIR PUN SAMA, BACUL !

Ku sangkakan Mahathir seorang yang berani dan anak jantan. Rupa-rupanya bekas Perdana Menteri kita ini yang dikatakan menjadi mentor kepada Perdana Menteri sama sahaja pengecut seperti anak didiknya itu.

Di saat parti-parti komponen BN seperti Gerakan dan SUHAKAM menggesa supaya DUN Perak dibubarkan, tiba-tiba Mahathir tanpa rasa malu dan segan mencadangkan supaya BN tidak membubarkan DUN Perak kerana katanya Pakatan Rakyat (PR) akan menang jika pilihanraya negeri diadakan.

Jadi alasan beliau supaya DUN tidak dibubarkan ialah takut PR menang dan alasan kedua ialah supaya duit rakyat tidak dibazirkan. Jelas sekali pemikiran Mahathir sama taraf dengan pemikiran Ketua Umno Cawangan dan Pengerusi JKKP kampung aku di Terengganu. Itu sebab kita selalu sedar bahawa sesiapa sahaja yang duduk dalam Umno pemikirannya tidak akan berkembang dan otak mereka menjadi beku.

Mengapa begitu sekali takutnya Mahathir kepada PR. Apa salahnya PR memerintah jika pemerintahannya disenangi oleh rakyat, tiada kacau bilau dan rakyat gembira dengan program kebajikan PR. Mana lebih rugi antara perbelanjaan untuk mengadakan pilihanraya kecil jika dibandingkan dengan duit rakyat yang tiris kerana rasuah, penyelewengan dan penipuan yang berlaku di bawah pemerintahan BN.

Mana lebih rugi antara perbelanjaan untuk pilihanraya dengan harga diri dan maruah negara yang tercalar akibat dari peristiwa mengheret speaker, 2 MB, 2 Speaker, 2 Sidang DUN dan sebagainya.

Negara luar dan pelabur sudah kurang yakin dengan sistem demokrasi kita. Siapa yang hendak membayar kerugian ini ? Ayuh, Mahathir.. di mana kuku dan taring yang pernah dahulu engkau guna untuk menindas dan menekan rakyat ?

Kepada rakyat Malaysia terutamanya UMNO totok, engkorang tak nampak lagi ke kejahatan parti engkorang yang dah lama diselaputi najis mughallazah tu ? Celiklah mata tu sikit.. anak aku pun tahu betapa jahatnya UMNO ni dan kami sekeluarga telah bersumpah setia akan mengharamkan tangan ini daripada memangkah parti zalim ini, KINI dan SELAMANYA sehingga ke zuriat kami yang akan datang. ( Itu pun kalau UMNO masih hidup lagi ketika tu.. tapi aku rasa hayat UMNO tak lama daaah !! )

Tuesday, May 12, 2009

HUKUM BERTERUSAN MENINGGALKAN SOLAT

Apa yang dilakukan seseorang, apabila ia mengajak keluarganya untuk menjalankan sholat tetapi mereka tidak mau mendengarkannya. Apakah orang tersebut tetap tinggal di rumah bersama keluarganya atau keluar dari rumahnya ?

Jawab :

Apabila keluarga tersebut tidak menjalankan sholat terus-menerus, maka hukumnya adalah kafir, murtad dan keluar dari Islam. Tidak boleh seseorang tersebut tinggal bersama mereka. Tetapi wajib baginya untuk terus mendakwahi keluarganya, dan mudah-mudahan Allah memberikan hidayah kepada keluarganya, karena seseorang yang meninggalkan sholat adalah kafir. Dalilnya adalah dari Al Qur’an, As Sunnah, perkataan Sahabat, dan pandangan hati yang shahih (benar).

Adapun dalil dari Al Qur’an adalah (firman Allah Ta’ala yang artinya ) : “Apabila mereka bertaubat, mendirikan sholat, dan menunaikan zakat, maka mereka adalah saudara-saudara kalian seagama.” (QS. At Taubah: 11).

Dapat diFahami dari ayat tersebut adalah apabila mereka tidak melakukan yang demikian (taubat, sholat, dan menunaikan zakat) maka mereka bukan dari saudara-saudara kalian seagama. Persaudaraan dalam agama tidak akan terputus dengan perbuatan maksiat, meskipun dosa besar. Tetapi akan terputus apabila seseorang keluar dari Islam.

Adapun dari As Sunnah adalah sabda Nabi ‘alaihishalaatu wasallam yang artinya: “Jarak pemisah antara seorang laki-laki dengan kekafiran dan kesyirikan adalah meninggalkan sholat.” (HR. Tirmidzi, dan beliau berkata: hadist hasan shahih).

“Perjanjian antara kami dengan mereka adalah sholat. Barangsiapa yang meninggalkannya maka sungguh dia telah kafir.” (Imam Nawawi berkata: HR. Tirmidzi dalam kitab Al Iman dengan sanad yang shahih).

Adapun dari perkataan sahabat: Berkata Amirul Mukminin Umar Bin Khattab RA yang artinya: “Tidak akan beruntung (binasa) bagi seseorang yang meninggalkan sholat.“

Berkata Abdullah Bin Syaqiq RA yang artinya : “Para sahabat Nabi SAW tidak melihat suatu amalan yang menyebabkan kekufuran apabila ditinggalkan selain sholat.”

Adapun dari pandangan hati yang shahih (lurus), maka saya katakan: “Apakah masuk akal bagi seseorang yang memiliki keimanan sebesar biji dalam hatinya, mengetahui keagungan sholat, dan inayah (pertolongan) yang diberikan Allah dengannya kemudian dia memutuskan untuk terus meninggalkan sholat ??….. ini adalah mustahil.

Apabila telah jelas kekafirannya maka ada beberapa hukum yang terkait dengannya :

1. Tidak sah hukum menikahinya. Apabila telah terjadi akad dengan seorang suami yang tidak sholat, maka hukum pernikahannya bathil dan tidak halal seorang suami tersebut bagi seorang isteri.

Dalilnya adalah (firman Allah yang artinya) : “Jika kalian telah mengetahui bahwa mereka (benar-benar) beriman maka jangan kembalikan mereka kepada (suami-suami mereka) orang-orang kafir. Mereka tidak halal bagi orang-orang kafir itu dan orang-orang kafir itu tidak halal bagi mereka.” (QS. Al Mumtahanah: 10)

2. Tidak halal sembelihannya. Tidak boleh memakan sembelihannya.

3. Tidak halal baginya memasuki Mekkah al Mukarromah. Allah Ta’ala berfirman yang artinya:”Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis. Maka janganlah mereka mendekati masjidil harom sesudah tahun ini (setelah turun ayat ini, yaitu pada tahun ke-9 hijriah). (QS. At Taubah: 28)

4. Tidak ada hak waris baginya. Apabila seseorang mati meninggalkan satu anak yang tidak sholat dan satu anak dari pamannya, maka yang berhak mendapatkan waris adalah anak pamannya. Rasulullah ‘alaihishalaatu wasallam bersabda: “Tidak mewariskan muslim atas kafir dan orang kafir atas muslim.” (HR Bukhari & Muslim)

5. Apabila mati, tidak boleh dimandikan, dikafani, disholatkan, dan di kubur di kuburan kaum muslimin. Kemudian apa yang harus kita lakukan ? Kita kuburkan dia di padang pasir/sahara dengan baju yang menempel padanya.

6. Dibangkitkan di hari kiamat bersama Fir’aun, Hamman, Qorun, Ubay Bin Kholaf, dan yang lainnya dari pemimpin orang-orang kafir. Wal ‘iyadzubillah. Mereka (orang-orang kafir) Tidak masuk surga dan tidak boleh bagi keluarganya mendo’akan rahmat dan ampunan baginya karena dia telah kafir.

Walaupun masalah ini sangat membahayakan, namun kebanyakan kaum muslimin meremehkannya dan membiarkan keluarganya meninggalkan sholat. Ini tidak boleh. Berusahalah supaya kita dan seluruh ahli keluarga terselamat dari terjerumus ke dalam lembah kekufuran..

KETAHUILAH..

1. Ketahuilah bahawa bergaul lelaki perempuan, walaupun sekadar bercakap telefon mengada2 atau tidak tanpa sebab penting (kerja/emergency) adalah HARAM kot mana sekalipun.

2. Ketahuilah bahawa bergaul lelaki perempuan atas nama lunch break, pantry break, or lunch partner tanpa sebenar-benar keperluan kerja atau emergency boleh dengan mudahnya mengundang kemarahan Allah kerana boleh diklasifikasikan sebagai bermaksiat kepada Allah.

3. Ketahuilah bahawa bergaul lelaki perempuan, atas nama beriadah untuk menyihatkan diri, walaupun menutup aurat boleh dengan selamba badaknya mengundang kemurkaan Allah.

4. Ketahuilah, penutupan aurat itu adalah seperti yang di dalam solat, dimana segala yang ketat, seksi, seksa, dan tidak longgar, boleh membatalkan solat. Oleh itu kalau di luar solat juga disyorkan supaya menutup aurat dengan sempurna.

5. Ketahuilah bahawa, isteri akan menjadi Pendakwa Raya No 1 di akhirat kelak, mereka akan menuntut agar segala dosa mereka, juga sama2 dipikul oleh suami.

6. Ketahuilah bahawa jika para isteri mencintai suami mereka sepenuh jiwa raga hingga ke akhirat, suruh-suruhlah suami korang tu mendalami agama dan mengamal dan mengajarkan agama agar korang sekeluarga boleh taat.

7. Ketahuilah bahawa, si suami janganlah malas dan berdegil untuk mendalami agama untuk membimbing keluarga dan isteri kerana takut-takt nanti takde peguambela di akhirat kelak.

8. Ketahulah bahawa anak-anak hendaklah berkhidmat untuk ibu bapanya, jangan si adik mengharap abang tolong emak/ayah atau abang pulak harap kakak dan jadi lah satu repetitive loop (bahasa programmer computer) yang tak berkesudahan. Patutnya, masing-masing perlu berebut menjaga mereka, tanpa rasa susah dan dengan rasa ikhlas.

9. Ketahuilah, mengumpat/mendengar/mengiyakan umpatan ke atas bos-bos walaupun kita teraniaya dan best adalah salah dan tetap salah.

10. Ketahuilah mengumpat/mendengar/mengiyakan umpatan ke atas sesiapa sahaja walaupun syok dan kelakar atau "yg ni last..." atau " yg ni aku tak tahan" adalah dosa yang benar dan hanya boleh ampun jika dimaafkan oleh orang yang diumpat.

11. Ketahuilah, kita semua kena hari-hari beristighafar sebab banyak dosa yang kita tak kira dan hitung sendiri seperti dosa riba, dosa mata, dosa mulut, dosa telinga, dosa hidung (bau parfume jantina lain), dosa buat kerja tak sempura, dosa buang masa tgk movie, tv dan drama bersiri, dosa itu dan dosa ini.

12. Ketahuilah bahawa, walaupun aku pencinta wanita( bini aku) aku juga pendosa, hanya nabi-nabi yang maksum. Peringatan ini bukan kerana aku tak ada dosa, hanya kerana amar makruf nahi mungkar dan berpesan-pesan dengan hak dan sabar WAJIB dilaksanakan.

13. Ketahuilah, sesungguhnya banyak lagi yang boleh disumpah-sumpahkan. Namun dek kerana aku perasan sibuk dengan urusan dunia, dan letih buat perkara baik, maka, dicadangkan anda rujuklah guru-guru yang makrifat, ustaz dan ustazah atau kitab-kitab di kedai-kedai buku berhampiran. Sementara stok masih ada!

Kalau selalu buat,
Kadang2 buat,
Pernah buat,
Atau bercadang nak buat...
Cepat lah cepat..
bawak bawak BERTAUBAT...InshaAllah diterima....

DEMI CINTA

Saya biasa terdengar atau terbaca, dan mungkin kebanyakan dari kita juga biasa terdengar dan terbaca tentang penderaan mental mahupun fizikal yang dialami oleh seseorang yang dilakukan olah orang yang mereka sayangi. Sama ada mereka yang sudah terikat secara sah mengikut syarak iaitu ikatan perkahwinan, mahupun mereka yang masih lagi dalam alam percintaan. Ceritanya tidak jauh berbeza. Kisah isteri yang dipukul oleh suami, kisah isteri yang suaminya curang. Atau sebaliknya kisah suami yang disiksa oleh isteri atau suami yang queen controlled.

Sebenarnya, kisah sebegini sememangnya menyayat hati dan sememangnya wajar kita bersimpati terhadap mereka. Dan tidak salah untuk kita membantu sama ada dari segi kewangan, perundangan mahupun dari segi pemberian kaunseling dan nasihat. Dan percaya atau tidak, selalunya nasihat yang sering kita dengar adalah untuk mereka yang disiksa itu meninggalkan pasangannya. Sama ada sang suami menceraikan isterinya mahupun sang isteri memohon fasakh dari pejabat khadhi. Tetapi pada keselaluannya juga, mereka ini jarang mahu berpisah dengan pasangan mereka. Iyalah. Kerana enggan berpisahlah mereka cuba mendapatkan nasihat… Tetapi kalau ditanya sebabnya mengapa, kebanyakan akan berkata "saya masih sayang kepadanya". Rasanya ini telah menjadi alasan yang lazim bagi pasangan-pasangan yang bermasalah sebegini.

Sayang? Pelik juga, bukan? Setelah disiksa, dicurangi malah kadang kala dihina, namun masih tetap mahu bersama demi semata-mata perasaan kasih, sayang dan cinta yang menebal di dalam dada. Sebenarnya, saya tidak mahu memperlekehkan rasa kasih antara mereka. Saya juga punyai isteri, punyai anak. Saya faham apa itu erti kasih sayang. Cuma yang saya ingin umpilkan di sini, berapakah sebenarnya harga kasih kita kepada pasangan kita. Bolehkah kasih sayang diukur secara fizikal? Pasti ramai yang menyebutnya tidak boleh. Iyalah… Jika sanggup disiksa demi cinta, tentu tinggi harga cinta tersebut. Tetapi itu perasaan cinta dan kasih sayang sesama manusia. Bagaimana pula dengan perasaan cinta dan kasih sayang kita terhadap Allah? Apakah tidak ternilai harganya? Apakah sama atau apakah lebih kasih kita terhadap Allah berbanding rasa kasih kita terhadap pasangan kita? Untuk soalan itu, saya rasakan jawapannya tidak. Rasanya cinta kita terhadap Allah jauh lebih rendah dan jauh lebih murah harganya.

Saya tanyakan kepada diri saya sendiri. Seandainya hari ini anak saya jatuh sakit. Dan demi mendapatkan ubat untuk merawatnya penyakitnya, saya perlu meredah hutan belantara, mendaki tujuh gunung dan merentasi tujuh lautan. Apakah saya akan sanggup? Jawapan saya, insyaAllah, saya akan sanggup. Jika benar ubatan itu mampu menyembuhkan anak saya, lautan api pun akan saya usahakan untuk merenanginya. Tetapi untuk Allah, berapa sangatkah pengorbanan yang boleh saya lakukan? Contohnya hari ini, ketika azan dilaungkan, saya sedang sibuk menyiapkan tugasan saya. Apakah sebaik mendengar azan saya akan tinggalkan tugas saya dan segera menyambut laungan muazzin? Rasanya tidak. Paling hebat, saya akan gunakan alasan Allah memahami keadaan saya. Saya rela korbankan kepentingan solat di awal waktu demi tugasan duniawi saya. Apakah dalam keadaan itu boleh saya katakan cinta saya kepada Allah tinggi dan tidak ternilai harganya? Itu baru soal menyambut laungan azan. Belum lagi soal meninggalkan keluarga untuk berpergian ke jalan Allah (fisabilillah). Dan menyebut tentang berpergian ke jalan Allah ini, saya segera teringat kepada Jemaah Tabligh. Kerana perbuatan ini sering dikaitkan dengan gerakan mereka. Mereka ini sanggup mengorbankan kepentingan dunia demi untuk menegakkan agama Allah. Tetapi apa pandangan masyarakat terhadap mereka? Masyarakat menghina! Malah golongan ini dianggap lebih jijik daripada golongan penzina, pemimum arak dan pencuri duit rakyat sehinggakan dilarang memasuki segelintir masjid sedangkan tokoh korporat yang terkenal dengan kemunafikannya disambut meriah ketika 'melawat' ke masjid tersebut. Beginikah caranya kita menyatakan rasa cinta kepada Allah? Sudahlah kita enggan berbuat seperti mereka, bahkan kita hina pula mereka. Sedangkan perbuatan berpergian seperti mereka ini telah dilakukan oleh para sohabat Nabi Muhammad saw. Sebagaimana ada jemaah dari negara China yang menyatakan makam Abi Waqas ada terdapat di sana yang letaknya ribuan batu dari tempat asalnya. Apakah beliau juga seorang yang hina?

Ternyata cinta kita kepada Allah begitu murah dan begitu rendah. Kita dengan mudah selalu mengenepikan perintah Allah demi melaksanakan tugas-tugas duniawi. Hukum-hukum Allah kita letakkan di bawah telapak kaki kita dengan alasan negara kita ini bermasyarakat majmuk. Kita takut mengguris hati orang-orang kafir tetapi kita tidak pernah kisah mengguris hati Allah. Cintakah itu namanya? Sedangkan cinta Allah kepada kita jauh lebih tinggi dan jauh lebih mahal harganya. Allah menciptakan dunia ini bukan untuk Dia tinggal di dalamnya. Dan Allah ciptakan syurga bukan untuk keselesaanNya sendiri. Tetapi untuk kita! Walaupun Allah telah tahu bahawa kita akan membelakangkanNnya dan akan memusnahkan dunia ini termasuk diri kita sendiri, namun Allah tetap teruskan kerana Dia mahu memberikan balasan syurga bagi yang patuh. Tidak cukup dengan itu, diutuskan pula para Mursalin dan Ambiyak untuk mengingatkan mereka yang kufur. Namun apa balasan kita atas kecintaan Allah terhadap kita? Penderhakaan demi penderhakaan. Pengkhianatan demi pengkhianatan. Dan kekufuran demi kekufuran! Dan setelah semua itu, dengan mudah kita melafazkan Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengampun.

'Mulia' sungguh cinta kita kepadaNya… Jika sebenarnya kita sanggup menderita kerana orang yang kita cintai, mengapakah sukar sangat untuk kita bersusahan sedikit demi kerana Allah? Sedangkan penderitaan yang dialami akibat pasangan kita tidak tahu di mana akhirnya dan apa kesudahannya tetapi kesusahan yang kita alami demi untuk Allah sudah pasti akan berakhir dengan kenikmatan yang tiada terperi di syurgaNya kelak.

Marilah kita bersama bermohon kepada Allah supaya kita dianugerahkanNya perasaan cinta dan kasih yang tiada batasnya terhadap Dia, RasulNya dan agamaNya. Marilah kita berdoa agar dijadikan insan yang tahu menghargai erti kasih sayang yang dicurahkanNya dan bersedia untuk berkorban segalanya demi untuk Dia. Semoga hati ini rela menderita dan tersiksa pada jalanNya. Demi cinta kepadaNya…