Thursday, May 14, 2009

MAHATHIR PUN SAMA, BACUL !

Ku sangkakan Mahathir seorang yang berani dan anak jantan. Rupa-rupanya bekas Perdana Menteri kita ini yang dikatakan menjadi mentor kepada Perdana Menteri sama sahaja pengecut seperti anak didiknya itu.

Di saat parti-parti komponen BN seperti Gerakan dan SUHAKAM menggesa supaya DUN Perak dibubarkan, tiba-tiba Mahathir tanpa rasa malu dan segan mencadangkan supaya BN tidak membubarkan DUN Perak kerana katanya Pakatan Rakyat (PR) akan menang jika pilihanraya negeri diadakan.

Jadi alasan beliau supaya DUN tidak dibubarkan ialah takut PR menang dan alasan kedua ialah supaya duit rakyat tidak dibazirkan. Jelas sekali pemikiran Mahathir sama taraf dengan pemikiran Ketua Umno Cawangan dan Pengerusi JKKP kampung aku di Terengganu. Itu sebab kita selalu sedar bahawa sesiapa sahaja yang duduk dalam Umno pemikirannya tidak akan berkembang dan otak mereka menjadi beku.

Mengapa begitu sekali takutnya Mahathir kepada PR. Apa salahnya PR memerintah jika pemerintahannya disenangi oleh rakyat, tiada kacau bilau dan rakyat gembira dengan program kebajikan PR. Mana lebih rugi antara perbelanjaan untuk mengadakan pilihanraya kecil jika dibandingkan dengan duit rakyat yang tiris kerana rasuah, penyelewengan dan penipuan yang berlaku di bawah pemerintahan BN.

Mana lebih rugi antara perbelanjaan untuk pilihanraya dengan harga diri dan maruah negara yang tercalar akibat dari peristiwa mengheret speaker, 2 MB, 2 Speaker, 2 Sidang DUN dan sebagainya.

Negara luar dan pelabur sudah kurang yakin dengan sistem demokrasi kita. Siapa yang hendak membayar kerugian ini ? Ayuh, Mahathir.. di mana kuku dan taring yang pernah dahulu engkau guna untuk menindas dan menekan rakyat ?

Kepada rakyat Malaysia terutamanya UMNO totok, engkorang tak nampak lagi ke kejahatan parti engkorang yang dah lama diselaputi najis mughallazah tu ? Celiklah mata tu sikit.. anak aku pun tahu betapa jahatnya UMNO ni dan kami sekeluarga telah bersumpah setia akan mengharamkan tangan ini daripada memangkah parti zalim ini, KINI dan SELAMANYA sehingga ke zuriat kami yang akan datang. ( Itu pun kalau UMNO masih hidup lagi ketika tu.. tapi aku rasa hayat UMNO tak lama daaah !! )

No comments:

Post a Comment